AdaM ZaQuaN

AdaM ZaQuaN

Saturday, August 22, 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan

Kelebihan bulan Ramadhan dan keagungannya dengan adanya Malam Lailatulqadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmat dan darjat tertinggi bagi orang yang berjaga mendapatkan malam Lailatulqadar dengan dipenuhi amal ibadat dan bertaqwa kepada Allah disamping sembahyangnya yang sunat, istighfar, tasbih dan berzikir sepanjangnya.

Sabda Nabi saw :

“ Diberikan kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya .”

· Bau mulutnya orang puasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .
· Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya .
· Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatulqadar .
· Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan kepada sepuluh hingga tujuh ratus ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berpuasa menahan syahwatnya, makan minumnya kerana Aku .
· Dan mereka dikurniakan nikmat, kepada mereka keseronokan ketika berbuka dan ketika menemui Tuhan di akhirat .

Sabda Nabi saw :

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda . Bulan puasa adalah bulan sabar ( sabar dalam berbuat taat kepadaNya ) , dan sabar itu adalah syurga balasannya . Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambaNya orang mukmin , diampunkan baginya dosa-dosa , barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”

Berkata sahabat :
Bagaimana jika kami tidak sanggup memberi makan orang yang berpuasa ( berbuka puasa ) ya Rasulullah ?
Nabi bersabda :
“ Allah memberi pahala kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma , atau segelas air. Barangsiapa mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya , Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya , hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa .

Mane ekkk...??


Hehehe..toOoo early nak tanyer pasal berbuke....tapi xper semangat tu yang penting.....hehehe..
emm nak buke pose kat mane ekkk...??ke nak masak kat umah...tapi menu...???emmm ape ekkk.....kalo time2 macam ni tanyer..sure list xcukup satu page.....huh!penin jugak nak masak..nak pk menu ape....??...xper kite tanyer En. Muhamad kat mane kite nak berbuke ari ni.....