AdaM ZaQuaN

AdaM ZaQuaN

Monday, September 7, 2009

Jom masak soto....

gambar ni copypaste jerk...

Untuk Sup:

I ekor ayam

5 ulas bawang merah dihiris halus

10 ulas bawang putih dihiris halus

2cm halia diketuk

4 batang serai diketuk

1 peket sup bunjut

sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis

2 helai daun pandan

Daun sup secukupnya

garam secukup rasa

caranya:

Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.

Bahan2 bergedel:

1/2 kg isi ayam dihiris kasar dan digoreng kemudian ditumbuk

1 kilo kentang dihiris dan digoreng kemudian ditumbuk

bawang goreng secukupnya

daun sup secukupnya

1 biji telur ayam

garam secukup rasa

sedikit lada sulah

Caranya mudah je...

Campur semua bahan2 dan bentukkan bulat.Sebelum goreng celupkan ke dalam telur yang telah dikocak.untuk mendapatkan bergedel yang cantik pastikan ianya kering barulah dibalik.

sambal kicap:

segenggam cili/ ikut citarasa

2 ulas bawang putih

sedikit air asam jawa/ perahan limau kasturi

kicap kipas udang secukupnya.

caranya:

masukkan semua bahan dalam belender dan blend halus, sedia diguna.

bahan hiasan:taugeh dicelurdaun sup dimayang halussoohun gorengbawang goreng

Cara menghidang:hidangkan nasi himpit bersama bahan2 hiasan, bergedel, sambal kicap dan tuangkan sup diatasnya

selamat mencube yer kenkawan.......hehehe